Khasiat Bawang besar

Kajian saintifik mendapati setiap 100 gram bawang besar, bahagian yang boleh di makan mengandungi 83 g air, protein (1-2 g), karbohidrat (5-9 g) dan tenaga 150 kiloJoule.[perlu rujukan] Bahagian bawang yang boleh dimakan mencapai 90% dari kesemuanya kerana bawang besar hanya mempunyai kulit yang sangat nipis dan bertahan agak lama. Kandungan terpenting dalam bawang besar dikenali sebagai S-Alkenyl cysteine sulphoxides iaitu bahan aktif yang berfungsi dalam menambahkan perisa dan kesedapan dalam makanan.[perlu rujukan]

Bawang besar boleh digunakan bagi merawat penyakit lemah tenaga batin, kolestrol tinggi, kencing manis, tekanan darah tinggi, air mani kurang, badan banyak lendir (peluh) dan tiada selera makan. Ia boleh digunakan juga bagi mencegah penggumpalan darah, kanser, kencing manis, serangan sakit jantung, strok, menguatkan tulang, sebagai antioksidan, awet muda dan menambah tenaga dan kekuatan badan.[perlu rujukan]